Carpet-Inn adalah sebuah dagangan yang dimiliki sepenuhnya oleh Petal World Sdn Bhd.Ia ditubuh dalam tahun 1994 di Kuala Lumpur oleh pengasasnya, Gauhar Aslam, seorang yang mempunyai pengalaman luas dalam industri perniagaan permaidani sejak usia mudanya lagi.Berasal dari keluarga saudagar permaidani, Gauhar dipupuk dengan selok-belok dagangan serta pemerolehan permaidani dari seluruh Asia Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan, India dan China.
Beliau telah berkecimpung dalam perniagaan ini berdekat lamanya hingga menjadi terkenal dikalangan saudagar permaidani yang wujud sejak beberapa generasi.
Carpet-Inn membekal pelbagai jenis permaidani dari segala pelusuk dunia termasuk Afghanistan, Pakistan, Iran, China, India, Tibet, Turkey dan negara-negara Asia Tengah.Ia mempunyai berbagai jenis dan corak permaidani termasuk yang berbunga-bunga, geometri, tradisional dan kontemporari.Carpet-Inn juga menerima tempahan khas dari corak rekaan pelanggan dan membuatnya dari tenunan bulu kambing atau sutera.
Di Carpet-Inn, setaip permaidani diperoleh dari pilihan pengasasnya.Pemilihan dibuat dengan teliti setelah mengambil kira mutu, corak dan warna dari tenunan mahu pun dari pembuatan mesin.Langkah ini lah yang membuat Carpet-Inn dikenali sebagai pembekal permaidani tenunan dari timur, sama ada bercorak tradisional, moden atau kontemporari, yang terunggul di Malaysia.