Perihal Permaidani

Permaidani dari Timur atau apa yang sering disebut “oriental carpet” sangat sukar dihindari.  Sebaik saja tertarik dengan corak dan warnanya, kita akan terpegun dengan suatu lakaran dan corakan nya yang begitu eksotik yang tersusun secara unik yang membawa kita kepada satu hal  luar dari pengetahuan dan bermisteri.

Pengetahuan khusus bagi mengenalpasti jenis permaidani dari namanya yang tepat agak sukar, namun kebolehan menjangka asal usul permaidani itu dengan mengamatinya  dan mentafsir ciri-ciri pencorakannya adalah suatu pencapaian yang memuaskan.
Lantai khususnya adalah suatu unsur penting dalam apa saja ruangan arkitek.  Bagaimana kita merekakan permukaan ini memerlukan ketelitian dan kebijaksanaan pelaburan sama seperti penghiasan yang lain.  Permaidani hiasan atau “oriental carpet” menawarkan satu pengertian tidak terhingga yang menguatkan ertikata hiasan dalaman yang terbaik.  Sebagai satu asas diseluruh bilik, permaidani menghidup dan memperkayakan ruangan itu bagi melengkapkan warna, ukuran, keselesaan dan kelembutannya.
Aliran terkini menunjukkan kebangkitan bagi mendapatkan benda-benda silam dan yang berasal dari sesetengah kelompuk atau etnik, namun terdapat juga peningkatan dalam penampilan moden dengan laungan abstrak dan minimalis.  Corak tradisional masih kekal walaupan kelihatan penterjamahan baru dalam pengekalan corak klasik.
Pereka hias bertungkus lumus mencari permaidani hiasan atau “oriental carpet” untuk projek-projek mereka dengan menyesuaikan kain-kain dan lakaran dalam lingkungan perbelanjaan mereka.  Bagi yang ramai, masa adalah wang. Mereka sedar ianya lebih mudah memulakan proses reka hiasan dengan menggunakan permaidani sebagai asas.
Posted in Blog.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *